Home > 2012

2012

Rawatan yang tidak membatalkan puasa

30 July 2012 0


Ramai yang tak tahu benda ni dan end up kasi pendapat yang mengelirukan orang yang sakit. 

I was in Medical posting during Ramadan 2010, which means I was stuck only in the wards where, of course most of the patients was not fit for fasting- oral antibiotics etc. But in 2011, I was in Emergency Dept, and I could see how these misconceptions can bring harm to the patients.

Biasanya lepas berbuka pesakit akan berpusu- pusu datang ke kecemasan, biasanya pesakit asthma. Rasa sesak nafas dan wheezing daripada siang hari, tapi masing- masing tahan diri daripada menggunakan inhaler atau pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan nebuliser kerana bimbang puasa terbatal. Lepas berbuka baru datang ke kecemasan dengan tak cukup nafas sehingga tak boleh bercakap.

Dan cuba bayangkan mereka yang ada masalah jantung tiba- tiba mengalami angina (sakit dada), tapi tak ambil sublingual GTN (ubat bawah lidah) kerana menyangkakan puasa akan terbatal. Sublingual tak masuk ke salur makanan pun, macamana nak batal? Nanti kena full blown MI, mau tak naya.

So, take note people!! Don't risk yourself!



Powered by Blogger.

Popular Posts