Home > April 2009

April 2009

I'm an apprentice now. hepi2

27 April 2009 0

Teringat zaman kanak- kanak dahulu, di mana permainan elektronik masih belum menjadi preference kepada budak- budak kecil.

Berikut ada lah senarai aktiviti- aktiviti saya dan sepupu kalau bertemu:
1. Kami akan berbual sampai lewat malam tentang segala benda. Hal sekolah, kawan- kawan, buku cerita yang kami baca, hal keluarga.

2. Saya dipengaruhi oleh dia dalam bab- bab penulisan ni. Kami akan spend masa menulis cerita, Dia yang lebih banyak exposure tentang dunia luar dan lebih bijak mengolah kata. Saya merely ikut sahaja. Dan banyak cerita saya lebih banyak mengikut perasaan, serabut dan tidak kemas. Dia lebih matang. Tapi bila saya tanya adakah dia masih menulis- nulis, katanya sidah lama dia tinggalkan aktiviti waktu kecil itu. Manakala tabiat itu melekat pula kepada saya.

3. Kami suka berangan- angan. Again, she will be the one to lead. Her knowledge is better than mine. Kami bayangkan kami adalah puteri- puteri dari planet- planet dalam sistem suria kita ni. (dia lah yang hafal nama- nama planet dulu).

I miss those times. And i miss her.

kenapa ashraf muslim itu begitu hensem?

0

Pejam celik pejam celik, dah tiga minggu habis di pantai timur ni.

Tiga minggu juga saya habiskan weekend di Besut. Secara tidak langsung mengikut cadangan dia.

Saya senang balik sendirian ke sana. Saya jadi lebih 'reti' hendak bergaul dengan orang. Saya jadi kurang segan. Saya jadi reti nak bawa diri. Pendek kata, saya enjoy sangat- sangat.

Tapi,last weekend was the last weekend that I could spend there. Hujung minggu ni saya akan pulang semula ke Selangor dan tak tahu bila lagi saya boleh menjejakkan kaki ke Besut.

Saya sedih.

Mama kata semalam lepas saya bertolak, both of them cried together.

Malam tadi saya menangis juga, rindukan mereka.

another week...

19 April 2009 0

Alhamdulillah...
Selesai kenduri Yaasin di rumah tokwan. Semuanya berjalan dengan lancar. Lauk pauk yang berlebihan habis dikirim pulang kepada para tetamu.
Ada kisah yang mahu diceritakan, tetapi suasana di CC macam tidak mengizinkan sahaja saya hendak menulis dengan rakusnya.
Maka...
Tunggulah lepas kembali ke pantai barat, di mana dunia berada di hujung jari sahaja. :)

elektif

14 April 2009 1

Saya kini berada di KT (pertama kali tau) untuk program elektif saya selama satu bulan.
Besar rupanya bandar KT ni. Saya kire macam Besut aja. Rupa- rupanya lagi tinggi- tinggi bangunannya daripada Melaka pun.
Papa minta teman kerjanya mencarikan rumah untuk kami duduki sepanjang sebulan ni. Alhamdulillah. Besar rumah yang kami dapat. Rumah kampung saja. Tapi cukup selesa. Siap dengan furnitures nya sekali. Asalnya memang ada orang duduk, tapi dia jarang sekali pulang ke sini. Tapi baik hati sekali orangnya, kami hanya perlu membayar air dan letrik sahaja, sewa rumah dihalalkan.
Cis...tak berapa selesa rupanya menulis blog di CC. Tiada privacy.

syukur pada- Mu

03 April 2009 1

Alhamdulillah, Alhamdulillah....

No words can describe my feelings just right now.

I am officially a final year medical student.

Thank you. Allah. Mama. Papa. Sissus. Tok Wan. Tok Ki. Family. Friends. Ibu. Abah. Intan. Anna.

Saya selalu kata, doa orang yang baik diterima Dia. That's why I could never done this alone.

Amin.

penantian...

0

Finished MCQ yesterday.

All of us were expecting the results to be announced yesterday itself but at the end of our 3- hours butt warming inside the hall, Dr Adi said that it will be out today. Lunch time.

More reason to be nervous. Longer time to wait. More time for the negative thoughts to intrude the mind.

But as my friend said, more time to doa...

Amiinn...

Merangkak- rangkak...

01 April 2009 2


Saya seperti tidak berdaya lagi... rasa mahu berserah sahaja untuk hari esok, solat dan tidur sahaja. Tapi tidak boleh begini...usaha yang tidak seberapa, mahu berserah- serah pula. At least mari kita cuba sehingga tergolek.

Sesungguhnya usai long case, membuatkan saya terasa tidak mahu membuat apa- apa lagi. Tidak mahu periksa lagi. Begitu sekali bebannya long case itu ya?

Saya mengantuk... tetapi harus memaksa diri.

April's fool

0

Apa ya signifikannya April's fool pada saya?

........

Hmm... tak ada apa- apa yang datang ke fikiran selain daripada memori sekolah rendah... di mana kami mencampakkan ular getah ( ke katak getah? ) ke arah guru bahasa Inggeris (err... juga tidak pasti) yang sedang hendak keluar kelas usai mengajar kami. Dan guru itu juga merupakan ibu salah seorang budak kelas kami and her daughter was one of the plotter.

Bertuah punya anak, ya?

Cis, cis, cis dan cis

0

OOhhh.... aku benci ko kay.

Aku sepatutnya study untuk MCQ esok n apa aku tengah buat ni? Leka dengan Mousehunt di Facebook. And adding people that I dont even know to my friends list because of the game.

Semua salah kau. Totally.

haha.

Powered by Blogger.

Popular Posts